Assalamualaikum, sabtu lepas aku pergi subang parade jalan-jalan cuci mata then aku nampak satu cafe yang menjual pelbagai jenis pencuci mulut Selain daripada tu ada juga main course yang dijual tapi untuk kali ni aku nak cuba coffee. So aku try late coffee and kek dekat cafe ni Sedap tak terkata, kabanyakan kek yang aku makan manis dan cepat muak tapi kek ni nice tak terlalu manis memang sedap.
The Uncang
Khamis, 5 Februari 2015
THE SUMBS
Assalamualaikum, kebanyakan cafe yang aku tahu dari instagram,cafe ni salah satunya, The Sumbs cafe ni area seksyen 13 dekat dengan tesco , memandangkan dekat dengan kolej aku so pergi dan cuba makanan dekat situ, uniknya cafe ni diorang hidang makanan mengunakan kotak, so kalau siapa yang tak habis makan boleh terus bawak balik. So first time datang sini aku order bolognaise chicken dan spaghetti memang super sedap.
FOODSBURY
Assalamualaikum, hari ni nak share pasal tempat makan yang aku pergi bulan lepas. Aku buka instagram then terjumpa satu cafe area shah alam.So aku ambik keputusan pergi sana dan cuba makanan yang sedap dekat cafe tu.Aku pilih foodsbury cafe kongsep cafe ni bertemakan gajah, dekat wall utama cafe ni gambar tiga ekor gajah.Aku order Roast Chicken memang sedap harga dia berbaloi dengan apa yang aku makan. Kalau korang tak tahu dekat mana cafe ni aku share alamat cafe ni .
No.24 Jalan Tengku Ampuan Zabedah A9/A, Seksyen 9 40100 Shah Alam.
Ahad, 1 Februari 2015
Al Rawsha Restaurant
Assalamualaikum, bulan lepas family mak buat family dinner, dekat Al Rawsha kampung pandan. Ni kali pertama pergi situ, besar jugak tempatnya, macam-macam jenis makanan arab boleh dapat dekat situ, nasi arab, nasi mandy, kebab banyak lagi. Memandangkan mak teh and pak lang nak cuba nasi arab so dia orang order nasi arab ayam dan nasi arab kambing, family aku nak cuba nasi mandy dekat sini so abah order nasi mandy ayam dan kambing. Seriously memang sedap, nasi dia makan macam tu pun dah sedap rasa semua rempah ratus yang diaorang guna, kambing tak liat memang sedap.
Ahad, 18 Januari 2015
Selasa, 16 Disember 2014
CHEMISTRY CAFE AND LAB
Assalamualaikum, dan hai
Memandangkan hari Ahad lepas ex classmates aku semuanya free, kita orang cadang nak jumpa,so dekat whatapp group heboh semuanya tanya nak buat dekat mana, so disebabkan itu aku cadang nak jumpa dekat chemistry cafe dekat seksyen 7,cafe tu baru buka so aku ajak diaorang pergi sini. Apa tu CHEMISTRY CAFE? Ada lab? Serious? Siapa yang pernah pergi dia tahu lah keadaan dalam kafe tu macam mana. Kafe ni buka pada selasa-jumaat 5pm-3am, sabtu dan ahad 3pm-3am hari isnin diaorang tutup. Apa yang unik nya kafe ni air dihidangkan dalam bika yang selalu orang lab guna tu buat kajian.First time aku datang aku order air chocolate chunky memang super sedap thumb up lah, kalau siapa suka dessert boleh lah cuba dessert kafe ni macam-macam jenis kek boleh korang cuba,main course kafe ni pun sedap-sedap belaka. Cukup lah panjang lebar aku cerita pasal kafe ni untuk minggu ni insya Allah next week aku post kafe or restoren yang aku pergi Assalamualaikum, bye.