Assalamualaikum, dan hai
Memandangkan hari Ahad lepas ex classmates aku semuanya free, kita orang cadang nak jumpa,so dekat whatapp group heboh semuanya tanya nak buat dekat mana, so disebabkan itu aku cadang nak jumpa dekat chemistry cafe dekat seksyen 7,cafe tu baru buka so aku ajak diaorang pergi sini. Apa tu CHEMISTRY CAFE? Ada lab? Serious? Siapa yang pernah pergi dia tahu lah keadaan dalam kafe tu macam mana. Kafe ni buka pada selasa-jumaat 5pm-3am, sabtu dan ahad 3pm-3am hari isnin diaorang tutup. Apa yang unik nya kafe ni air dihidangkan dalam bika yang selalu orang lab guna tu buat kajian.First time aku datang aku order air chocolate chunky memang super sedap thumb up lah, kalau siapa suka dessert boleh lah cuba dessert kafe ni macam-macam jenis kek boleh korang cuba,main course kafe ni pun sedap-sedap belaka. Cukup lah panjang lebar aku cerita pasal kafe ni untuk minggu ni insya Allah next week aku post kafe or restoren yang aku pergi Assalamualaikum, bye.