Khamis, 5 Februari 2015

PASTRY VILLE

Assalamualaikum, sabtu lepas aku pergi subang parade jalan-jalan cuci mata then aku nampak satu cafe yang menjual pelbagai jenis pencuci mulut Selain daripada tu ada juga main course yang dijual tapi untuk kali ni aku nak cuba coffee. So aku try late coffee and kek dekat cafe ni Sedap tak terkata, kabanyakan kek yang aku makan manis dan cepat muak tapi kek ni nice tak terlalu manis memang sedap.

THE SUMBS

Assalamualaikum, kebanyakan cafe yang aku tahu dari instagram,cafe ni salah satunya, The Sumbs cafe ni area seksyen 13 dekat dengan tesco , memandangkan dekat dengan kolej aku so pergi dan cuba makanan dekat situ, uniknya cafe ni diorang hidang makanan mengunakan kotak, so kalau siapa yang tak habis makan boleh terus bawak balik. So first time datang sini aku order bolognaise chicken dan spaghetti memang super sedap.

FOODSBURY

Assalamualaikum, hari ni nak share pasal tempat makan yang aku pergi bulan lepas. Aku buka instagram then terjumpa satu cafe area shah alam.So aku ambik keputusan pergi sana dan cuba makanan yang sedap dekat cafe tu.Aku pilih foodsbury cafe kongsep cafe ni bertemakan gajah, dekat wall utama cafe ni gambar tiga ekor gajah.Aku order Roast Chicken memang sedap harga dia berbaloi dengan apa yang aku makan. Kalau korang tak tahu dekat mana cafe ni aku share alamat cafe ni .
No.24 Jalan Tengku Ampuan Zabedah A9/A, Seksyen 9 40100 Shah Alam.

Ahad, 1 Februari 2015

Al Rawsha Restaurant

Assalamualaikum, bulan lepas family mak buat family dinner,  dekat Al Rawsha kampung pandan. Ni kali pertama pergi situ, besar jugak tempatnya, macam-macam jenis makanan arab boleh dapat dekat situ, nasi arab, nasi mandy, kebab banyak lagi. Memandangkan mak teh and pak lang nak cuba nasi arab so dia orang order nasi arab ayam dan nasi arab kambing, family aku nak cuba nasi mandy dekat sini so abah order nasi mandy ayam dan kambing. Seriously memang sedap, nasi dia makan macam tu pun dah sedap rasa semua rempah ratus yang diaorang guna, kambing tak liat memang sedap.